Tuesday 21 October 2014

Dulu Smart Medic 200, Kini MEDICA 2015








MEDICAL CARD MEDICA2015


Memperkenalkan MEDICA2015 - pelan perubatan yang menawarkan faedah yang komprehensif. Ianya dimuatkan dengan ciri-ciri yang komprehensif dan terkini dan memberikan anda ganjaran apabila anda sihat serta mengurangkan kebimbangan anda apabila anda sakit.

MEDICA2015 merupakan pelan unik yang menawarkan Diskaun Tanpa Tuntutan daripada bayaran caruman tahunan untuk peserta yang kekal sihat. Selain itu, anda tidak akan dibebani dengan bayaran ko-takaful1 sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku. Ia juga menyediakan anda dengan manfaat khairat kematian sebanyak RM5, 000, yang mana akan dibayar sekiranya berlaku kematian atas semua sebab.

Jangan bimbang! Kami melindungi perbelanjaan perubatan apabila anda dimasukkan ke hospital. Selain itu, nikmatilah persaraan anda tanpa tekanan dengan perlindungan perubatan dan pembaharuan yang dijamin sehingga berumur 80 tahun. 


KELAYAKAN



Sesiapa yang berusia 30 hari hingga 65 tahun yang mempunyai tahap kesihatan yang baik

TIADA KO-TAKAFUL


Untuk semua peringkat umur


TANPA HAD SEUMUR HIDUP


Ya, hanya tertakluk pada had tahunan pilihan anda. 

TANPA TUNAI,BANTUAN 24 JAM DAN KEMASUKAN HOSPITAL DENGAN MUDAH

Ya,  Medica 2015  memastikan anda dimasukkan ke mana-mana hospital panel pilihan. Swipe Facility ada disediakan di hospital panel tertentu

RAWATAN KANSER DAN DIALISIS BUAH PINGGANG SEPERTI YANG DICAJ


Ya,  Medica 2015 menyediakan kos rawatan untuk kedua-dua kanser dan dialisis buah pinggang seperti yang dicaj.

DISKAUN TANPA TUNTUTAN

Sekiranya tiada tuntutan dibuat dalam tempoh tersebut, Medica2015 memberi ganjaran sebanyak 20% diskaun tanpa tuntutan  daripada caruman tahunan anda yang seterusnya


PENDAPAT PERUBATAN KEDUA


Medica2015 menyediakan kemudahan untuk anda mendapatkan nasihat perubatan kedua di atas mana-mana 46 penyakit kritikal. 


PERLINDUNGAN DI MANA SAHAJA ANDA BERADA


Medica2015 memberikan anda bantuan perubatan kecemasan di mana sahaja anda berada di seluruh dunia


PEMBAHARUAN DIJAMIN


Pembaharuan bagi pelan Medica2015 adalah dijamin sehingga umur 80 tahun


MANFAAT KHAIRAT KEMATIAN


Medica2015 menyediakan Manfaat Khairat Kematian sejumlah RM5,000 yang mana akan dibayar apabila berlakunya kematian atas apa jua sebab.






CARUMAN TAHUNAN





PENGECUALIAN*

Sebarang kecederaan/kesakitan berpunca daripada perkara-perkara seperti berikut adalah tidak dilindungi
  • Penyakit sedia ada
  • Apa-apa keadaan perubatan atau fizikal yang berlaku dalam tempoh 30 hari pertama perlindungan
  • Penyakit tertentu yang berlaku dalam tempoh 120 hari pertama bagi perlindungan yang berterusan
  • Sesiapa sahaja yang menetap di luar Negara lebih daripada 90 hari berturut-turut, semasa sijil masih lagi berkuatkuasa
  • Kecederaan diri-sendiri dan perbuatan yang menyalahi undang-undang
  • Peperangan, mogok dan rusuhan
  • Sebarang operasi kegiatan ketenteraan atau bersenjata
  • Kehamilan, Keguguran kandungan atau kelahiran anak
  • Gangguan mental atau saraf
  • Penyalahgunaan alkohol dan dadah atau yang berkaitan dengannya
  • Pembedahan kosmetik, elektif atau plastik, ataupun keabnormalan atau kecacatan kongenital
  • Rawatan pergigian kecuali diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan
  • Pemeriksaan rutin kesihatan dan apa-apa pemeriksaan yang tidak melibatkan kemasukan ke hospital
  • Rawatan yang tidak perlu dari segi perubatan
  • Perbelanjaan perubatan yang ditanggung oleh mana-mana undang-undang, badan/organisasi atau program perubatan dari mana-mana syarikat insurans dan Takaful lain
  • Penjagaan peribadi, rehat pulih atau jagaan kebersihan, dadah yang tidak dibenarkan, kemabukan, pensterilan, penyakitvenereal dan sekuelnya, Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) atau Kompleks Berkaitan AIDS (ARC) dan penyakit berkaitan HIV, dan apa-apa penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin oleh undang-undang